gravatar

Assalamualaikum!

Blog USIM Bloggers kini tampil dengan wajah baru! Mohon maaf di atas perkembangan blog yang tergendala sebelum ini. Bagi siswa/i USIM yang berminat utk meletakkan blog anda di USIM Bloggers, anda boleh request di Facebook Komuniti Blogger USIM. ataupun di shoutbox sebelah kanan blog ini.>>>>>
Sekian, wassalam =)

gravatar

Blog Review: Ruqaiyah Hmy's Site

Assalamualaikum!
Ni entri pertama berkenaan blog review. InsyaAllah kita akan berkenalan dengan blog-blog siswa/i USIM dalam ruangan ni. 
Blogger pertama adalah saudari Ruqaiyah dengan blognya, Ruqaiyah Hmy's Site




1. Template
Template blog Ruqaiyah ni simple, warna biru ala-ala watermark. Tak terlalu sesak dengan macam-macam widget kecuali yg asas seperti chatbox, archive dll. Ada juga diletakkan Facebook Page GenKU. Untuk pengetahuan, Ruqaiyah ni salah seorang dari team Geng Kartunis USIM . So, memang orang senilah! Hehe...


2. Kandungan
Tengok header description pun dah boleh agak kan? Ruqaiyah banyak letakkan tutorial melukis kartun, komik-komik yang dia buat dan tutorial mewarna. Kalau tengok dari design kartun dia, memang dia ni boleh dikatakan expert dalam Adobe Photoshop. Jadi, siswi-siswi yang berminat, boleh belajar dengan dia. Hehe...


Setakat tu dulu, blog review dari UB. Bagi para pembaca yang ada cadangan untuk penambahbaikan UB, boleh letakkan di chatbox atau di Komuniti Blogger USIM

gravatar

Entri Pilihan: Ilmu dan Pendidikan; Dimana Silapnya?



Pertama kali saya diminta untuk menyiapkan kertas kerja berkenaan dengan isu pendidikan di Malaysia. Senak perut dibuatnya. Selayaknya, kertas kerja yang begitu bernilai tajuknya ini perlu dikendalikan oleh mereka yang 'ahli' dalam bidangnya. Kalau inginkan ilmu kedoktoran, pasti bukan nelayan yang menjadi pilihan. Dan kalau ingin mengetahui ilmu di lautan, maka ilmu kedoktoran menjadi sia-sia sahaja.